Friday, October 31, 2008

Kehidupan

kehidupan kini telah banyak berubah. wanita sekarang sudah setaraf dengan lelaki. malah, ada yang lebih berjaya daripada lelaki. tetapi, kenapa, mengapa dan sebab apa seorang insan bernama wanita yang mempunyai ciri-ciri lemah lembut mencari lelaki yang berstatus married man untuk dijadikan teman hidup walaupun lelaki itu tidak mempunyai paras rupa yang menarik tetapi mempunyai sejumlah harta yang banyak ? adakah kerana mereka terdesak ? ataupun hanya mencari keseronokan dan kemewahan semata-mata ? bukankah banyak lagi lelaki yang belum berkahwin di luar sana ? ada wanita yang sanggup menggadaikan diri dan maruah demi kekayaan dunia yang belum tentu kekal selamanya. apa yang telah berlaku ? tidakkah mereka mempunyai perasaan malu ? di mana hilang nya perasaan itu ? cinta itu buta. butakah cinta itu ? cinta oh cinta. perlukah seseorang itu menggadaikan maruah diri dan keluaga demi cinta ? oh TIDAK. sesungguhnya itu bukan cinta. tetapi hanyalah nafsu semata-mata.




p/s; tulisan ini hanyalah luahan hati dan perasaan diri. tiada kena-mengena dengan sesiapa. dan tiada sebarang niat untuk menghina mahupun mencerca sesiapa. maaf kepada sesiapa yang terasa

.

No comments: